Dr Mahathir dakwa PRU14 paling kotor dalam sejarah


Yasmin Ramlan

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini. Dr Mahathir mendakwa kerajaan BN yang diterajui Perdana Menteri Najib Razak akan menggunakan apa cara sekalipun untuk kekal berkuasa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 13 Mac, 2018. 

RAKYAT Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara dan mungkin di dunia tidak lama lagi, dakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, hal ini kerana Perdana Menteri Najib Razak kini telah mempersiapkan taktik untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara dalam apa jua cara.

“Jadi cara Najib nak menang – senarai pengundi sudah diubah. Macam-macam dilakukan supaya ia tidak lagi mencerminkan senarai asal pengundi.

“Keduanya, Najib sudah ubah sempadan semula kawasan untuk dia menang – calon tertentu tak dapat bertanding termasuk Rafizi (ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli),” katanya.

Antara taktik lain yang disebutkan pengerusi Bersatu itu adalah dengan menyebabkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak meluluskan pendaftaran PH.

Bekas perdana menteri itu berkata, Putrajaya kemungkinan besar membatalkan kelulusan partinya, Bersatu dengan harapan Najib bakal menang besar dalam PRU14 nanti.

“Ini menunjukkan penipuan sedang berlaku. Dia menjadi PRU yang terkotor dalam sejarah Malaysia dan mungkin dalam sejarah dunia.

“Ini akan berlaku tapi pihak kami akan teruskan persiapan untuk hadapi PRU ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah bersiap sedia dengan membuat perancangan awal untuk berhadapan dengan taktik tersebut.

Tambahnya, tindakan RoS yang masih tidak meluluskan pendaftaran parti Bersatu menunjukkan Najib sangat gentar dengan parti itu. – 13 Mac, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Hebat ramalan Mahathir tentang PRU-14 nanti. Mungkin syaitan pangkat tinggi tahap gaban yang beritahu dekat dia. Kan lebih elok Mahathir akui dan perbaiki kelemahan parti sendiri daripada terus berusaha menempah neraka.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan