Mangsa gempa di Turkiye kesejukan


Suhu di bandar Gaziantep di Turkiye yang terjejas teruk akibat gempa kini berada pada paras -5 darjah selsius awal pagi tadi, tetapi ribuan keluarga tetap bermalam di dalam kereta dan khemah sementara. – Gambar AFP, 9 Februari, 2023.

SUHU di bandar Gaziantep di Turkiye yang terjejas teruk akibat gempa kini berada pada paras -5 darjah selsius awal pagi tadi, tetapi ribuan keluarga tetap bermalam di dalam kereta dan khemah sementara.

Ini kerana mereka terlalu takut atau pun dilarang kembali ke rumah masing-masing.

Ibu bapa kelihatan berjalan kaki di jalanan di bandar itu – kawasan paling dekat dengan pusat gegaran gempa bumit yang melanda pada Isnin – mendukung anak masing-masing yang dibalut dengan selimut.

Ini kerana berjalan lebih memanaskan badan berbanding hanya duduk di dalam khemah.

Setakat ini, korban gempa bumi itu melebihi 12,000.

“Bila duduk, ia sangat sakiit, dan saya risau ada sesiapa terperangkap dalam runtuhan,” kata Melek Halici, yang membalut anak perempuannya berusia dua tahun di dalam selimut.

“Memang akhirnya kami terpaksa kembali ke khemah, tetapi saya tidak mahu. Saya tidak tahan kesejukan ini, tetapi saya juga tidak mampu terfikir kembali ke pangsapuri kami.”

Pihak berkuasa melarang ribuan penduduk kembali ke blok pangsapuri kediaman yang dianggap berisiko tinggi berdepan gegasan di wilayah itu setiap hari. – AFP, 9 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen