AS akan bertindak terhadap ancaman China, kata Biden


Presiden AS Joe Biden berkata beliau menjelaskan kepada Presiden China Xi Jinping yang AS mahukan persaingan, bukan konflik. – Gambar EPA, 8 Februari 2023.

AMERIKA Syarikat (AS) akan bertindak melindungi negaranya sekiranya China mengancam kedaulatannya, kata Presiden AS Joe Biden dalam ucapan tahunan pada Selasa.

Biden berkata beliau komited bekerjasama dengan China yang boleh meningkatkan kepentingan AS selain memberi manfaat kepada dunia, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Tetapi…andai China mengancam kedaulatan kami, kami akan bertindak untuk melindungi negara kami. Dan kami akan buktikannya,” kata Biden.

Pada Ahad lepas AS menembak jatuh belon pengintip yang disyaki milik China, yang berlegar di ruang udara negara itu selama beberapa hari. 

Biden berkata beliau menjelaskan kepada Presiden China Xi Jinping yang AS mahukan persaingan, bukan konflik.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana kami melabur untuk menjadikan Amerika kukuh. Melabur dalam inovasi Amerika, dalam industri yang akan menentukan masa depan yang kerajaan China mahu mendominasinya,” kata beliau. – Bernama, 8 Februari, 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen