BEBERAPA kejadian tanah runtuh di selatan Peru menyebabkan sekurang-kurangnya 15 maut, 20 cedera dan dua yang lain hilang, kata pihak berkuasa.
Jumlah kematian mungkin meningkat akibat bencana itu.
“Jumlah mangsa terkorban setakat ini 15,” kata pengarah Institut Pertahanan Awam Negara di wilayah Arequipa, di mana tanah runtuh berlaku sejak Ahad susulan hujan lebat. – AFP, 7 Februari, 2022.
Komen