Jangan guna agama untuk pertahankan rasuah, kata Anwar


Ravin Palanisamy

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media hari ini berkata pemimpin politik tidak seharusnya guna agama untuk mempertahankan diri apabila mereka disiasat atas kesalahan rasuah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 6 Februari, 2023.

PEMIMPIN politik tidak seharusnya menggunakan agama atau kaum untuk mempertahankan diri atau parti mereka apabila mereka disiasat atas kesalahan rasuah, kata Anwar Ibrahim hari ini.

Merujuk kepada keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membekukan akaun bank Bersatu, parti diketuai bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, presiden PKR itu berkata langkah berkenaan bukan baru dalam politik dan menggesa mereka tidak menggunakan agama sebagai alasan mempertahankan diri.

“Saya buat rayuan ini kerana saya lihat kadang-kadang alasan remeh agama dipergunakan.

“Saya tidak fikir mana-mana agama boleh dipergunakan untuk mempertahankan rasuah dan salah guna kuasa, apatah lagi Islam, yang dengan tegas menolak salah guna kuasa dalam sistem yang berasal dari rasuah,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti hari ini.

Minggu lalu, Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan akaun Bersatu dibekukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Ia dipercayai ada kaitan dengan tuduhan salah guna dana kerajaan sebanyak RM600 bilion ketika pandemik Covid-19 di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dalam reaksinya mendakwa kerajaan perpaduan menggunakan SPRM sebagai alat politik untuk memusnahkan PN. – 6 Februari, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen