Pegasus Airlines batal lebih 200 penerbangan akibat salji di Istanbul


Syarikat penerbangan Turkiye Pegasus Airlines membatalkan lebih 200 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen susulan salji tebal melanda bandar itu. – Gambar AFP, 6 Februari 2023. 

SYARIKAT penerbangan Turkiye Pegasus Airlines membatalkan lebih 200 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen susulan salji tebal melanda bandar itu.

Berdasarkan senarai yang diperoleh Sputnik, penerbangan domestik dan antarabangsa ke beberapa bandar yang dijadualkan pada 6-7 Februari dibatalkan.

Selain itu sebanyak 170 lagi penerbangan dibatalkan oleh Turkish Airlines hari ini (152 dijadualkan ke Lapangan Terbang Istanbul dan 18 ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen).

Sesi persekolahan di Istanbul dan Ankara dibatalkan hari ini akibat salji tebal. – 6 Februari 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen