Puluhan ribu rakyat Denmark bantah batal cuti umum


Sekitar 40,000 hingga 50,000 orang berkumpul di luar bangunan Parlimen di Copanhagen, menurut polis

RANCANGAN kerajaan Denmark untuk membatalkan cuti umum keagamaan bagi membiayai belanjawan pertahanan dibantah puluhan ribu rakyat negara itu semalam.

Sekitar 40,000 hingga 50,000 orang berkumpul di luar bangunan Parlimen di Copanhagen, menurut polis, memegang sepanduk tertulis “Jangan batal cuti kami” dan “Katakan tidak kepada perang”.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mette Frederiksen merancang untuk membatalkan cuti keagamaan yang dikenali sebagai Great Prayer Day, yang dilaksanakan sejak abad ke-17 lagi.

Pemansuhan cuti itu bagi mempercepatkan masa bagi membantu meningkatkan hasil cukai untuk perbelanjaan pertahanan yang lebih tinggi ekoran perang di Ukraine.

Kerajaan Denmark mahu menggunakan wang yang dijana untuk meningkatkan bajet pertahanan merangkumi dua peratus dari keluaran dalam negara kasar menjelang 20230 seperti disasarkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), bukan 2033 seperti yang dirancang sebelum ini.

Kesatuan sekerja Denmark berkata keputusan untuk memansuhkan cuti umum itu melanggar perjanjian gaji kolektif negara itu, seperti rundingan antara kesatuan sekerja dengan kerajaan.

Ketua Kesatuan FH yang menganjurkan tunjuk perasaan itu menyifatkan rancangan kerajaan itu sebagai tidak adil. – AFP, 6 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen