MENTERI Pertahanan Ukraine Oleksiy Reznikov akan digantikan dengan ketua perisikan tentera susulan skandal rasuah berkaitan kontrak makanan di tengah-tengah krisis peperangan Ukraine-Rusia, kata seorang ahli Parlimen kanan semalam.
Presiden Volodymyr Zelensky dalam ucapan berkata pihaknya sedang membuat keputusan dan rundingan sewajarnya bagi menguatkan tentera.
“Ia akan memberikan Ukraine lebih banyak sokongan antarabangsa dan lebih banyak senjata,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Zelensky berkata minggu ini beliau mahu perbincangan mengenai keanggotaan Ukraine dalam EU bermula tahun ini, meningkatkan usaha memerangi rasuah.
Ahli Parlimen Kanan David Arahamia berkata Reznikov, 56, akan dilantik sebagai menteri bagi industri strategik.
“Kyrylo Budanov akan mengetuai kementerian pertahanan,” katanya.
Memegang pangkat mejar jeneral, Budanov mengetuai perisikan tentera sejak Ogos 2020.
Sementar itu di Kharkiv bandar kedua terbesar di Ukraine, serangan peluru berpandu ke atas bangunan kediaman semalam mencederakan empat orang, kata seorang pegawai tempatan.
Satu lagi mogok yang melanda sebuah universiti mencederakan seorang pengawal keselamatan.
Kira-kira 280,000 isi rumah di bandar selatan Odesa masih terputus bekalan elektrik susulan sebuah pencawang elektrik rosak akibat serangan Rusia, kata Perdana Menteri Denys Shmygal.
Akibatnya sekolah akan ditutup di bandar pada hari Isnin dan Selasa, kata pegawai. – AFP, 6 Februari, 2023.
Komen