PM Anwar jalani pemeriksaan di IJN


Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambung kerja bersama stafnya sebaik disahkan sihat oleh doktor. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 5 Februari, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurut beliau selesai pemeriksaan itu, doktor mengesahkan kesihatannya berada pada tahap yang baik.

“Saya langsung menyambung tugasan bersama staf,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dilapor berkata, Anwar dijadual menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves pagi tadi, namun tidak dapat berbuat demikian kerana beliau tidak sihat. – Bernama, 5 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen