JET pejuang Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menembak jatuh belon pengintip China di luar pantai Carolina Selatan, kata Pentagon, yang disifatkan sebagai “pelanggaran tidak boleh diterima” Beijing terhadap kedaulatan Amerika.
Belon itu berlegar beberapa hari di ruang udara Amerika Utara, meningkatkan ketegangan antara Washington dan Beijing, sebelum ia disasarkan dengan tembakan peluru berpandu dari pesawat F-22, kata pegawai Pentagon dan jatuh ke dalam air yang agak cetek 14 meter.
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin menyebut operasi itu sebagai “tindakan yang disengajakan dan sah” yang dibuat sebagai tindak balas kepada “pelanggaran kedaulatan kita yang tidak boleh diterima.”
Petang Sabtu adalah peluang pertama tentera menembak belon itu “dengan cara yang tidak akan menimbulkan ancaman kepada keselamatan rakyat Amerika,” kata seorang pegawai kanan pertahanan kepada pemberita, sambil membenarkan pihak berkuasa mengutip serpihan yang jatuh dari perairan wilayah AS.
Presiden Joe Biden, yang pada awal Sabtu berjanji menguruskan isu belon itu dan mengucapkan tahniah kepada juruterbang pejuang yang terlibat.
“Mereka berjaya menembaknya. Dan saya mahu memuji juruterbang kami yang melakukannya,” kata Biden kepada pemberita di Maryland. – AFP, 5 Februari, 2023.
Komen