Mesir wujud 'hotline' untuk perangi 'berita palsu'


Badan kehakiman Mesir menyediakan talian khas untuk menerima aduan mengenai 'berita palsu' daripada orang ramai melalui mesej aplikasi Whatsapp dan sistem pesanan ringkas. – Gambar fail EPA, 13 Mac, 2018.

BADAN kehakiman Mesir mengumumkan hari ini ia menubuhkan talian khidmat pelanggan atau “hotline” bagi mengumpul aduan berita “palsu” dalam media tradisional atau elektronik yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.

Dua minggu sebelum pilihan raya di Mesir, media dipantau dengan teliti, dengan peningkatan kes wartawan yang ditangkap dan laman sesawang disekat.

“Badan kehakiman Mesir memperuntukkan nombor telefon bimbit untuk menerima aduan melalui mesej aplikasi WhatsApp dan SMS, selagi nama pengadu dan butiran peribadi mereka diberikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata inisiatif itu bertujuan menentang “maklumat palsu yang dirancang menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara”. – AFP, 13 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen