AS yakin Rusia dalang serangan ejen saraf di UK


Seorang pegawai polis berkawal di Salisbury, lokasi kejadian bekas ejen Rusia Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia, ditemui pengsan di sebuah bangku pada Ahad lepas. – Gambar fail EPA, 13 Mac, 2018.

AMERIKA Syarikat (AS) bersetuju dengan sekutunya Britain pada Selasa yang Rusia mungkin dalang di sebalik percubaan bunuh bekas agennya, mengatakan pelakunya harus berdepan hukuman.

“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap penyiasatan UK dan penilaiannya yang Rusia mungkin bertanggungjawab terhadap serangan agen saraf yang berlaku di Salisbury minggu lalu,” kata Setiausaha Negara Rex Tillerson.

“Kami bersetuju mereka yang bertanggungjawab - yang melakukan jenayah dan memberi arahan – perlu menghadapi akibat yang serius. Kami bersolidariti dengan sekutu kami di United Kingdom dan akan terus menyelaraskan respons kami.” – AFP, 13 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen