Perikatan umum 29 anggota Kabinet bayangan


Mohd Farhan Darwis

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan jawatankuasa itu berkata anggota berkenaan akan bertindak berteraskan pelan Rancangan Malaysia Ke-12. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 2 Februari 2023.

PERIKATAN Nasional (PN) hari ini mengumumkan senarai 29 ahli Parlimen yang mengganggotai jawatankuasa portfolio atau Kabinet bayangan gabungan itu.

Pengumuman kabinet bayangan ini adalah yang pertama dilakukan oleh pembangkang dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan jawatankuasa itu berkata anggota berkenaan akan bertindak berteraskan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama, yang juga menjadi teras pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Jelasnya, sekretariat PN akan keluarkan kenyataan polisi ke atas perkara berkaitan portfolio terbabit mengikut dasar pentadbiran gabungan tersebut dalam penggal lalu.

“Kita akan bentang supaya rakyat tahu apa kita bentangkan dan kita bersedia memikul amanah besar kalau rakyat beri mandat mentadbir negara.

“Antara perkara itu kita setuju untuk kita menguar-uarkan secara berterusan apa kita putuskan oleh parti dan kerajaan sebelum itu, iaitu dasar Wawasan Kemakmuran Bersama,” kata Muhyiddin.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas selepas pemukiman PN di ibu negara pada tengah hari.

Muhyiddin berkata, menerusi portfolio tersebut, ahli Parlimen pembangkang dapat menyatakan pendirian parti dalam isu berkaitan.

“Mereka akan respon isu berkaitan dengan portfolio masing-masing supaya kita melihat sebagai wakil rakyat pembangkang yang berkesan,” kata Muhyiddin.

Ahli Parlimen Pagoh itu yang juga pengerusi PN diumumkan sebagai ketua ahli Parlimen dalam jawatankuasa berkenaan.

Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang pula selaku timbalan ketua ahli Parlimen, manakala ahli Parlimen Larut Hamzah Zainuddin sebagai ketua pembangkang.

Radzi Jidin (Putrajaya) membayangi Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di kedua-dua portfolio tersebut.

Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) pula di portfolio kementerian dalam negeri manakala portfolio pertahanan pula dipertanggungjawabkan kepada Ikhmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Shahidan Kassim (Arau) pula membayangi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di portfolio kemajuan desa dan wilayah.

Muka baharu, ahli Parlimen Bukit Gelugor Wan Saiful Wan Jan pula mengetuai portfolio komunikasi dan digital bagi membayangi menterinya, Fahmi Fadzil.

Berikut senarai anggota jawatankuasa portfolio ahli Dewan Rakyat PN:

Ketua Ahli Parlimen
Muhyiddin Yassin (Pagoh)

Timbalan Ketua Ahli Parlimen
Abdul Hadi Awang (Marang)

Ketua Pembangkang
Hamzah Zainuddin (Larut)

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim
Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Ronald Kiandee (Beluran)

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Idris Ahmad (Bagan Serai)

Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi
Radzi Jidin (Putrajaya)

Kementerian Dalam Negeri
Takiyuddin Hassan (Ahli Parlimen Kota Bharu)

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi
Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota)

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Shahidan Kassim (Arau)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat
Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Muslimin Yahya (Sungai Besar)

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak, dan Tugas-tugas Khas)
Ali Biju (Saratok)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Rosol Wahid (Hulu Terengganu)

Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)
Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah)

Kementerian Luar Negeri
Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (Machang)

Kementerian Belia dan Sukan
Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas)

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Ismail Abd Muttalib (Maran)

Kementerian Pelancongan, Seni,dan Budaya
Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi)

Kementerian Pertahanan
Ikhmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)

Kementerian Sumber Manusia
Awang Hashim (Pendang)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Ahmad Amzad Mohamed (Kuala Terengganu)

Kementerian Komunikasi dan Digital
Wan Saiful Wan Jan (Tasik Gelugor)

Kementerian Kerja Raya
Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut)

Kementerian Perpaduan Negara
Halimah Ali (Kapar)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu)

Kementerian Kesihatan
Ahmad Yunus Hairi (Kuala Langat)

Kementerian Perladangan dan Komoditi
Azman Nasruddin (Padang Serai)

Kementerian Pengangkutan
Khairil Nizam Khirudin (Jerantut) – 2 Februari 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen