SPEAKER Dewan Kevin McCarthy memberitahu pemberita perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden termasuk berkaitan isu siling hutang berjalan lancar, lapor Sputnik.
Beliau berkata kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meneruskan lagi perbincangan.
“...Perbincangan berjalan lancar dan akan mengadakan lagi perbincangan seterusnya.
“Apa yang kami bincangkan hari ini ialah mengenai usaha untuk bergerak ke hadapan berkaitan had siling hutang dan bagaimana untuk mendapatkan kesepakatan,” kata McCarthy pada Rabu.
McCarthy mahu persetujuan mengenai perkara itu dicapai lebih awal sebelum tarikh akhir.
Speaker Dewan itu berpendapat ancaman terbesar kepada AS ialah hutangnya yang kini kira-kira 120% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, bermakna hutang itu lebih besar daripada keseluruhan ekonomi negara. – Bernama, 2 Februari, 2023.
Komen