Sulawesi Selatan dilanda banjir kilat


Hujan lebat selama beberapa jam mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di bandar Parepare, Sulawesi Selatan malam tadi. – Gambar Facebook, 2 Februari, 2023.

HUJAN lebat selama beberapa jam mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di bandar Parepare, Sulawesi Selatan malam tadi, lapor media tempatan.

Sekurang-kurangnya dua hilang selepas tanah runtuh melanda Kesuma Timur Road yang terletak di pantai barat daya Sulawesi.

Kawasan yang terjejas teruk iaitu Lumpue, Lappadde dan Lemoe dengan lebih 100 rumah dan kemudahan awam dinaiki air.

Berikutan itu, penduduk di kawasan terjejas terpaksa dipindahkan kira-kira 8 malam dengan bantuan Agensi Mitigasi Bencana (BPBD).

Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan kerja memindahkan pesakit hospital sedang dilakukan dan penduduk terperangkap di dalam rumah yang dinaiki air.

BPBD sedang membuat semakan untuk mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam banjir kilat itu.

Pada bulan lalu, lima maut dalam banjir kilat yang melanda Bandar Manado di Sulawesi Utara. – Bernama, 2 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen