Mangsa pukul polis Tyre Nicholas disemadikan di Memphis


Tyre Nichols berketurunan Afrika-Amerika disahkan meninggal dunia di hospital pada 10 Januari, tiga hari selepas dibelasah ketika polis menahannya atas kesalahan trafik. – Gambar AFP, 2 Februari, 2023.

UPACARA pengebumian Tyre Nichols yang meninggal dunia pada bulan lalu akibat dipukul anggota polis diadakan di Memphis, di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, lapor Xinhua.

Nichols, 29, berketurunan Afrika-Amerika disahkan meninggal dunia di hospital pada 10 Januari, tiga hari selepas dibelasah ketika polis menahannya atas kesalahan trafik. 

Naib Presiden AS Kamala Harris turut hadir pada upacara itu.

Lima pegawai polis yang terlibat dalam kematian Nichols dipecat selepas siasatan dalaman dijalankan dan mereka akan berdepan tuduhan jenayah termasuk pembunuhan tahap kedua.

Kematian Nichols berlaku hampir tiga tahun selepas kematian George Floyd, 46, di Minneapolis, Minnesota pada 25 Mei 2020 juga akibat dibelasah oleh anggota polis.

Menurut Mapping Police Violence African Americans, pada tahun lepas polis membunuh kira-kira 1,186 orang dan daripada jumlah itu 26% terdiri mereka yang berketurunan Afrika Amerika. – Bernama, 2 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen