Polis rakam keterangan 10 individu terlibat himpunan di kedutaan


POLIS mengambil keterangan daripada 10 individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden dan Belanda di ibu negara Jumaat lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim.

“Beberapa individu lagi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. 

Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya mengesan dua perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur, Jumaat lepas, bagi menyerahkan memorandum membantah pembakaran al-Quran dan demonstrasi solidariti bantahan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau berkata perhimpunan itu tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan pihaknya membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012. – Bernama, 2 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen