Korea Selatan, AS aktifkan latihan udara, tindak balas ancaman Korea Utara


AS dan Korea Selatan menganggap berlakunya peningkatan ancaman peluru berpandu dan nuklear dari Pyongyang. – Gambar AFP, 2 Februari, 2023.

KOREA Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan udara bersama sebagai tindak balas kepada ancaman dari Korea Utara, sekali gus mencetuskan kemarahan Pyongyang.

Agensi berita Yonhap melaporkan latihan itu turut membabitkan pengebom strategik AS dan pesawat pejuang berteknologi tinggi.

Latihan terbaru itu membabitkan pengebom strategik B-1B dan pesawat pejuang stealth F-22 dan F-35B dari Tentera Udara AS dan pesawat pejuang F-35A dari tentera Korea Selatan.

Memetik maklumat tentera Korea Selatan, pesawat itu terbang di atas Laut Kuning, yang terletak di antara China dan semenanjung Korea semalam, dalam latihan pertama seumpama itu tahun ini.

“Gabungan latihan udara kali ini menunjukkan semangat dan keupayaan AS untuk menyediakan langkah pencegahan lebih ke depan yang kukuh serta boleh dipercayai terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara,” kata laporan Kementerian Pertahanan.

Latihan udara itu dikuatkuasakan sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin dan rakan sejawatnya dari Korea Selatan menyuarakan berhubung peningkatan dalam latihan sedemikian selain lebih banyak kerjasama keselamatan akan dilaksanakan antara kedua-dua sekutu terbabit.

Tindakan itu dibuat ketika AS dan Korea Selatan menganggap berlakunya peningkatan ancaman peluru berpandu dan nuklear dari Pyongyang. – AFP, 2 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen