Krisis kos sara hidup, setengah juta mogok di UK


Kelompok guru dan pemandu kereta api antara kumpulan terbaru yang bertindak mogok di seluruh kota London semalam, mendesak kenaikan gaji dalam mereka bergelut dengan krisis kos sara hidup. – Gambar AFP, 2 Februari, 2023.

SETENGAH juta rakyat melancarkan mogok di Britain semalam, menyebabkan jaringan pengangkutan lumpuh dan ribuan kelas kosong.

Ia menjadi insiden mogok paling terbesar pernah berlaku dalam tempoh lebih sedekad.

Eropah sedang bergelut dengan krisis kos sara hidup, dengan organisasi buruh terbesar Britain, Trades Union Congress (TUC) menggelarnya sebagai “hari pelancaran mogok terbesar sejak 2011”.

Mogok terbaru itu diadakan sehari selepas lebih 1.27 juta rakyat mengadakan demonstrasi jalanan di Perancis, menambah tekanan kepada kerajaan Perancis berhubung pelan perubahan pencen.

Perdana Menteri Britain Rishi Sunak mendesak supaya kenaikan gaji perlu munasabah dan berpatutan, kerana katanya lonjakan tinggi kenaikan gaji boleh menjejaskan usaha untuk menurunkan inflasi.

Tetapi kesatuan sekerja mendakwa Sunak yang juga seorang jutawan tidak merasa dan tidak memahami cabaran yang dihadapi kumpulan pekerja biasa yang bergelut untuk mencari sesuap nasi dalam keadaan bayaran gaji rendah, kerja yang tidak selamat dan kos hidup meningkat.

Kelompok guru dan pemandu kereta api antara kumpulan terbaru yang bertindak mogok, selain kakitangan pasukan pengawal sempadan di pelabuhan darat dan udara UK.

Persatuan guru menganggarkan 85% sekolah di England dan Wales terjejas teruk akibat mogok itu, berkata keadaan itu menunjukkan “paras kemarahan” dalam profesion perguruan.

“Bebas tugas besar dan semakin besar, dengan inflasi menjadikan gaji kami yang rendah semakin bertambah rendah,” kata Nigel Adams, 57, seorang guru yang menyertai ribuan guru lain berarak di tengah London. – AFP, 2 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen