SEKURANG-kurangnya 25 orang awam termasuk anggota pasukan keselamatan terbunuh di utara Iraq berikutan serangan kumpulan IS, kata pihak berkuasa.
Polis memberitahu AFP, anggota kumpulan IS membunuh 15 orang dalam sekatan jalan raya palsu di lebuh raya utama di wilayah Kirkuk, utara Baghdad.
Satu lagi serangan IS dalam wilayah yang sama turut menyebabkan tiga lagi terbunuh, kata pegawai polis.
Di Mosul, tujuh orang termasuk ketua kampung dibunuh oleh anggota IS yang menyamar sebagai tentera, kata pihak berkuasa tempatan.
Serangan itu berlaku selepas Baghdad mengisytiharkan kejayaannya membanteras kumpulan berkenaan tahun lalu. – AFP, 12 Mac, 2018.
Komen