Myanmar lanjut sekatan pencegahan Covid-19 hingga akhir Februari


Myanmar merekodkan sebanyak 633,820 jangkitan Covid-19 termasuk 19,490 kematian. – Gambar EPA, 1 Februari, 2023.

MYANMAR melanjutkan langkah pencegahan Covid-19 sehingga 28 Februari lapor media tempatan memetik Jawatankuasa Pusat Pencegahan, Kawalan dan Rawatan Covid-19 pada Rabu.

Menurut jawatankuasa berkenaan, pelanjutan itu merangkumi semua sekatan Covid-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari, lapor Xinhua.

Lanjutan itu meliputi semua perintah, pengumuman serta arahan yang dikeluarkan oleh organisasi kerajaan dan kementerian masing-masing untuk membendung penularan wabak itu.

Sehingga Selasa, Myanmar merekodkan sebanyak 633,820 jangkitan Covid-19 termasuk 19,490 kematian manakala 614,299 pesakit pulih, menurut data kementerian kesihatan. – Bernama, 1 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen