Kanak-kanak 4 tahun maut diserang anjing di UK


Pada awal Januari serangan anjing di tenggara England mengorbankan nyawa seorang wanita dan mencederakan seorang lagi mangsa. – Gambar AFP, 1 Februari, 2023.

SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan maut diserang seekor anjing di United Kingdom semalam.

Perkhidmatan ambulans menghubungi polis sekitar 5 petang selepas menerima laporan serangan anjing di sebuah hartanah di Broadlands, Netherfield di Buckinghamshire yang terletak kira-kira 80 kilometer dari barat laut London, lapor Agensi Anadolu.

“Ini adalah kejadian yang benar-benar tragis, di mana kami percaya seorang kanak-kanak terbunuh selepas diserang oleh seekor anjing,” kata Superintendan Matt Bullivant dalam kenyataan itu.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Pada awal Januari serangan anjing di tenggara England mengorbankan nyawa seorang wanita dan mencederakan seorang lagi mangsa. – Bernama, 1 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen