Biden tak setuju hantar jet pejuang F-16 ke Ukraine


Presiden Joe Biden semalam menegaskan AS tidak akan membekalkan jet pejuang F-16 kepada Ukraine untuk mematahkan pencerobohan Rusia. – Gambar AFP, 31 Januari 2023.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam menegaskan negara itu tidak akan membekalkan jet pejuang F-16 kepada Ukraine untuk mematahkan pencerobohan Rusia, lapor AFP.

“Tidak,” kata Biden dalam sidang media di White House, apabila ditanya jika beliau menyokong permintaan untuk menghantar jet pejuang F-16 atau pesawat lain ke Ukraine.

AS, Jerman dan negara-negara Barat baru-baru ini sudah bersetuju untuk mempertingkatkan senjata Ukraine dengan membekalkan kereta kebal moden kepada Ukraine dalam usaha menyekat pencerobohan Rusia.

Media pada Jumaat lepas melaporkan penasihat kepada menteri pertahanan Ukraine berkata Kyiv meminta AS menghantar jet pejuang F-16 selepas mendapatkan bekalan kereta kebal tempur utama.

Kenyataan Biden semalam dibuat tidak lama selepas Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata Rusia sedang meningkatkan serangan di sebelah timur. – AFP, 31 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen