Turki mungkin terima penyertaan Finland dalam Nato


Presiden Tukri Recep Tayyip Erdogan semalam memberi bayangan mungkin akan menyokong keanggotaan Finland dalam Nato tanpa Sweden. – Gambar AFP, 30 Januari, 2023.

PRESIDEN Tukri Recep Tayyip Erdogan semalam memberi bayangan mungkin akan menyokong keanggotaan Finland dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tanpa Sweden.

Turki dan Hungary kekal sebagai satu-satunya ahli pakatan pertahanan Barat 30 negara yang gagal meratifikasi bidaan keahlian oleh Sweden dan Finland.

Parlimen Hungary dijangka meluluskan kedua-dua bidaan pada Februari.

Erdogan semalam memberi bayangan beliau bersedia untuk menerima Finland dalam kumpulan pertahanan yang diterajui Amerika Syarikat itu.

“Jika perlu kami akan memberi respons berbeza berhubung Finland. Sweden mungkin terkejut apabila kami mengeluarkan respons berbeza bagi Finland,” kata Erdogan. 

Beliau mengulangi lagi tuntutannya agar Sweden menyerahkan suspek-suspek yang diburu Ankara. 

“Jika anda ingin menyertai Nato, anda akan pulangkan pengganas-pengganas itu kepada kami,” katanya. – AFP, 30 Januari, 2023.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen