KABINET Keselamatan Israel mengumumkan langkah pembatalan hak tertentu “keluarga pengganas” selepas dua serangan di timur Baitulmaqdis yang membunuh tujuh orang.
Kabinet yang bertemu pada malam Sabtu “memutuskan siri langkah untuk…mendapatkan harga daripada pengganas dan mereka yang menyokongnya,” menurut kenyataan.
Diumumkan yang pembatalan hak keselamatan sosial “keluarga pengganas yang menyokong keganasan” dan perbincangan pada Ahad oleh majlis menteri bagi membentangkan rang undang-undang membatalkan kad pengenalan Israel mereka.
Pada permulaan mesyuarat, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berjanji yang langkah “tegas” dan “segera” sebagai tindak balas kepada serangan dilakukan Palestin sejak dua hari lepas.
Langkah yang diambil selari dengan cadangan rakan politik haluan kanan yang membolehkannya kembali berkuasa pada hujung Disember selepas pilihan raya bulan sebelumnya.
Ia berkemungkinan akan dikenakan ke atas warga Palestin dengan kewarganegaraan Israel (Arab Israel) dan warga Palestin dengan status penduduk di timur Baitulmaqdis.
Serangan pada Jumaat, antara yang terburuk sejak beberapa tahun lepas, dilakukan oleh seorang penduduk Palestin berusi 21 tahun di timur Baitulmaqdis.
Beberapa jam selepas itu, seorang budak lelaki warga Palestin berusia 13 tahun menembak dan mencederakan seorang lelaki dan anaknya di timur Baitulmaqdis pada Sabtu.
Bertindak balas kepada siri sambutan warga Palestin di beberapa bandar yang meraikan pembunuhan itu, Kabinet Keselamatan juga bersetuju “kepada langkah memperkukuh penempatan yang akan dihantar minggu ini”, tanpa memberikan butiran lanjut.
Penempatan Israel di kawasan jajahan Palestin dianggap penempatan haram oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terus mendesak ia dimusnahkan. – AFP, 29 Januari, 2023.
Komen