SEKURANG-KURANGNYA 24 terbunuh semalam selepas sebuah bas membawa 60 penumpan terbabas ke gaung di Peru, kata polis.
Sebelum ini, kenyataan memaklumkan jumlah kematian kemalangan di daerah Piura itu adalah 25 sebelum membetulkannya kepada 24 orang.
Bas milik syarikat Qorianka Tours berlepas dari Lima dan dalam perjalanan menuju ke Tumbes, berhampiran sempadan Ekuador, apabila ia terbabas berhampiran bandar Organos, menurut polis.
Polis memberitahu media tempatan yang kejadian berlaku di selekoh curam dikenali sebagai “Selekoh Iblis”, tetapi punca kemalangan masih dalam siasatan.
Sejumlah penumpang yang cedera sudah dipindahkan ke hospital di El Alto dan Mancora, sebuah resort pelancongan terletak 1,000 km di utara Lima.
Beberapa orang penumpang adalah warga Haiti, kata polis lagi.
Jumlah migran warga Haiti di Peru meningkat, walaupun nasib mereka yang menaiki bus itu masih belum dikenal pasti.
Beberapa mangsa tercampak keluar daripada bas, selebihnya terperangkap di dalamnya. – AFP, 29 Januari, 2023.
Komen