REPUBLIK Czech akan mengadakan pusingan akhir pilihan raya presiden dari 27 hingga 28 Januari, lapor Sputnik.
Jeneral tentera Czech yang bersara dan bekas pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO Petr Pavel dan bekas Perdana Menteri Andrej Babis akan bertanding selepas masing-masing menerima 35.4 peratus dan 34.99 peratus undian pada pusingan pertama.
Tinjauan pendapat terkini menunjukkan Pavel merupakan calon pilihan untuk memenangi pusingan seterusnya dan menggantikan pemimpin penyandang Milos Zeman. – Bernama, 27 Januari, 2023.
Komen