Cuaca buruk ganggu operasi lapangan terbang Jeju


Sebanyak 50 penerbangan membabitkan 18 pelepasan dan 32 ketibaan dibatalkan setakat 10 pagi, manakala sembilan penerbangan lain ditangguhkan. – Gambar AFP, 27 Januari, 2023.

OPERASI Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju di pulau peranginan itu, sekali lagi terganggu akibat cuaca buruk pada Jumaat.

Amaran angin kencang turut dikeluarkan di lapangan terbang berkenaan, lapor Yonhap.

Menurut Korea Airports Corp cawangan Jeju, 50 penerbangan membabitkan 18 pelepasan dan 32 ketibaan dibatalkan setakat 10 pagi, manakala sembilan penerbangan lain ditangguhkan.

Sebanyak 445 penerbangan domestik—222 pelepasan dan 223 ketibaan—dijadualkan pada Jumaat.

Terdahulu pada Selasa, salji tebal disertai angin kencang menyebabkan semua penerbangan antarabangsa dibatalkan. – Bernama, 27 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen