Kanada temui tapak kubur di kawasan bekas sekolah kanak-kanak Orang Asli


Ketua dan Majlis Williams Lake First Nation mengumumkan 66 keputusan awal geofizik, daripada fasa kedua siasatan di tapak sekolah berasrama penuh 15 kilometer dari bandar Tasik Williams. – Gambar Facebook, 27 Januari, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 66 lagi disyaki kubur tidak bertanda dijumpai di tapak bekas sekolah berasrama untuk kanak-kanak Orang Asli di wilayah British Columbia Kanada, lapor Sputnik.

Sekolah itu ditubuhkan di Kanada mengikut Akta Tamadun Orang Asli Indian 1819 dan wujud sepanjang tahun 1960-an untuk mengasimilasikan budaya kanak-kanak Orang Asli dengan memisahkan mereka daripada keluarga dan komuniti serta secara paksa menindas identiti, bahasa dan kepercayaan asal mereka.

Satu daripada puak tempatan menjumpai tempat yang disyaki kubur di tapak sekolah berasrama penuh 15 kilometer dari bandar Tasik Williams. 

Sekolah itu beroperasi dari 1886-1981 di bawah kawalan Gereja Katolik dan kemudiannya diurus oleh kerajaan persekutuan, lapor penyiar Berita CTV pada Khamis.

Lebih 150,000 kanak-kanak belajar di sekolah seperti itu di Kanada. Sekurang-kurangnya 3,200 murid meninggal dunia akibat layanan buruk dan ketiadaan penjagaan di sekolah berasrama penuh ini.

Pada Mei 2021, mayat 215 kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas ditemui di tapak bekas sekolah berasrama penuh Orang Asl di British Colombia.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengecam amalan penubuhan institusi sedemikian dan menyifatkannya sebagai “tragedi.” – Bernama, 27 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen