Novelis terkenal sandang jawatan menteri luar Chile


Roberto Ampuero, 65 (kiri), terkenal menerusi beberapa novel menampilkan kisah seorang detektif Cuba yang dibuang negeri iaitu Cayetano Brule, selain karya sulung beliau 'Who Killed Christian Kustermann?' pada 1993. – Gambar EPA, 12 Mac, 2018.

NOVELIS terkemuka Chile, Roberto Ampuero, menyandang jawatan Menteri Luar pada Ahad, menyertai 22 menteri lain yang baharu dilantik dalam kabinet Presiden Sebastian Pinera, lapor agensi berita China Xinhua.

Sebagai penulis fiksyen jenayah, Ampuero, 65, terkenal menerusi beberapa novel menampilkan kisah seorang detektif Cuba yang dibuang negeri iaitu Cayetano Brule, selain karya sulung beliau “Who Killed Christian Kustermann?” pada 1993.

Karya lain beliau yang terkenal termasuk “Stockholm Lovers,” “Greek Passion,” dan “The Neruda Case.” 

Selain mendapat sambutan hebat di negara-negara berbahasa Sepanyol, karya Ampuero turut diterjemah ke dalam lebih 10 bahasa seperti Cina, Inggeris, Perancis, Jerman dan Sweden. – Bernama, 12 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen