Jualan senjata api AS meningkat 49% pada 2022 


NILAI jualan langsung senjata komersial oleh Amerika Syarikat (AS) meningkat 49% pada tahun fiskal (FY) 2023 di tengah-tengah usaha pentadbiran Presiden Joe Biden membekalkan senjata kepada Ukraine, kata Jabatan Negara.

“Jumlah nilai dibenarkan untuk FY2022 ialah AS$153.7 bilion termasuk nilai perkakasan, perkhidmatan dan data teknikal yang dibenarkan daripada eksport, import sementara, eksport semula, pemindahan semula dan pembrokeran.

“Ini mewakili peningkatan 49% berbanding AS$103.4 bilion pada FY2021,” menurut Jabatan Negara pada Rabu.

Peningkatan nilai dibenarkan itu terutama disebabkan sokongan ke atas Ukraine.

Sputnik melaporkan AS memberi bantuan keselamatan melebihi AS$27.8 bilion kepada Ukraine sejak permulaan pentadbiran Biden.

Angka tahun semasa tidak mengunjurkan jualan tahun hadapan disebabkan oleh potensi perubahan dalam belanjawan, isu keselamatan serantau dan kawalan eksport, kata Jabatan Negara. – Bernama, 26 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen