Erdogan beri Sweden amaran mengenai Nato susulan insiden bakar al-Quran


Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan kesal dengan tindakan pihak berkuasa Sweden benarkan pembakaran al-Quran di depan kedutaannya. – Gambar EPA, 24 Januari, 2023.

PRESIDEN Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada Sweden pada Isnin yang ia tidak boleh mengharapkan sokongannya untuk menyertai Nato susulan insiden membakar al-Quran di luar kedutaannya di Stockholm.

Komen berang Erdogan menyukarkan lagi prospek Sweden dan Finland menyertai pakatan pertahanan Barat sebelum pilihan raya presiden dan Parlimen Turkiye pada Mei.

Turkiye dan Hungary adalah satu-satunya anggota Nato yang tidak meratifikasi keputusan bersejarah bagi kedua-dua negara itu memecahkan tradisi berkecuali ketenteraan sebagai tindak balas kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Perdana Menteri Hungary Viktor Orban berjanji yang Parlimennya akan meluluskan bidaan kedua-duanya bulan depan.

“Sweden tidak sepatutnya mengharapkan sokongan daripada kami untuk Nato,” kata Erdogan dalam respons rasmi pertamanya terhadap tindakan seorang ahli politik anti-Islam semasa protes pada Sabtu yang diluluskan oleh polis Sweden walaupun dibantah oleh Turkiye.

“Adalah jelas mereka yang menyebabkan aib di hadapan kedutaan kita, tidak boleh mengharapkan sebarang kebajikan berhubung permohonan untuk menjadi ahli Nato,” katanya.

Pemimpin Sweden mengecam keras tindakan ahli politik sayap kanan Rasmus Paludan tetapi mempertahankan definisi luas negara mereka berhubung kebebasan bersuara.

Erdogan sudah menetapkan beberapa beberapa syarat yang sukar termasuk permintaan untuk Sweden mengekstradisi puluhan suspek yang kebanyakannya Kurdish yang didakwa Ankara sama ada menuduh “keganasan” atau terlibat dalam rampasan kuasa 2016.

Hubungan Sweden dengan Turkiye menunjukkan kemajuan dengan lawatan lawatan menteri tertinggi ke Ankara.

Stockholm juga menggubal satu pindaan perlembagaan yang akan membolehkan untuk meluluskan undang-undang anti-keganasan lebih ketat yang dituntut oleh Ankara.

Bagaimanapun keadaan menjadi buruk apabila sekumpulan kecil Kurdish menggantung patung Erdogan di luar dewan bandar raya Stockholm awal bulan ini.

Turkiye memanggil duta Sweden dan membatalkan jemputan speaker Parlimennya untuk melawat Ankara.

Keputusan polis Sweden meluluskan bantahan Paludan mendapat respons yang sama.

Turkiye memanggil duta Stockholm dan membatalkan lawatan yang dirancang oleh menteri pertahanan Sweden.

Erdogan berkata pembakaran kitab suci umat Islam adalah jenayah kebencian yang tidak boleh dipertahankan dengan kebebasan bersuara. – AFP, 24 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen