Erdogan umum pilihan raya 14 Mei


Presiden Recep Tayyip Erdogan umum pilihan raya Turkiye akan diadakan pada 14 Mei – sebulan lebih awal dari jadual asal. – Gambar EPA, 23 Januari, 2023.

PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pilihan raya Turkiye akan diadakan pada 14 Mei – sebulan lebih awal dari jadual asal – ketika pembangkang masih mencari calon sesuai untuk menentangnya.

Ia bakal menjadi pilihan raya paling mencabar sepanjang dua dekad pemerintahan Erdogan; yang menyaksikan lonjakan ekonomi, projek pembangunan gergasi selain perbalahan dengan negara jiran, perang dan rampasan kuasa yang gagal.

“Saya akan menggunakan kuasa saya untuk mengadakan pilihan raya lebih awal iaitu 14 Mei,” kata Erdogan dalam satu rakaman video pertemuannya dengan golongan muda di Bursa, semalam.

Pilihan raya umum Turkiye pada awalnya dijadualkan pada 18 Jun.

“Ini bukan pilihan raya awal, tetapi ia diawalkan,” kata Erdogan.

Beliau berkata mereka bersetuju untuk pindaan jadual waktu itu dengan rakan kerjasama gabungan menyatakan ia bertujuan mengelak gangguan tarikh peperiksaan di sekolah.

Kempen dijangka bermula pada 10 Mac, yang akan menyebabkan pembangkang tidak cukup masa untuk membuat persiapan.

Sejak beberapa bulan lalu, pembangkang cuba mencapai kata sepakat untuk menamakan seorang calon bagi mencabar Erdogan.

Dengan inflasi tinggi Turkiye dan tukaran mata wang asing yang rendah mungkin dapat membantu pembangkang, perbalahan dalaman antara mereka pula akan memberi kelebihan kepada Erdogan. – AFP, 23 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen