PELAJAR sebuah sekolah agama membaling kasut ke arah bekas perdana menteri Pakistan, Nawaz Sharif semalam, yang dianggap sebagai penghinaan besar di negara itu.
Sharif yang disingkirkan tahun lalu selepas dikaitkan dengan dakwaan rasuah, kelihatan terkejut apabila kasut dibaling terkena bahunya ketika sedang berucap pada perhimpunan di sekolah itu di Lahore.
Kejadian itu berlaku sehari selepas seorang individu membaling dakwat ke arah Menteri Luar Khawaja Muhammad Asif, ahli parti pemerintah dan juga rakan rapat Sharif, ketika sedang berucap pada perhimpunan parti di timur Pakistan.
Kejadian kasut dibaling itu disiarkan secara langsung di saluran televisyen Pakistan.
Di dunia Islam, tindakan seumpama itu dianggap menghina.
Pelajar itu kemudian melompat ke atas pentas dan mula menjerit sebelum beliau dikawal orang ramai dan diserahkan kepada polis.
Pegawai polis berkata lelaki itu pelajar sekolah berkenaan.
Beberapa minit kemudian, pemimpin parti pembangkang, Pakistan Tehreek-e-Insaf Imran Khan dan musuh ketat Sharif yang kerap mengkritiknya, turut mengutuk kejadian itu.
“Ini bukan saya untuk menonjolkan diri dan saya mengutuk siapa yang melakukannya,” kata Khan. – AFP, 12 Mac, 2018.
Komen