Tragedi 20 Januari beri kesan pembentukan identiti Azerbaijan


Tarikh 20 Januari 1990 terpahat dalam sejarah rakyat Azerbaijanyang mereka berhak untuk hidup bebas, berdikari dan melindungi kedaulatan negara. – Gambar EPA, 21 Januari, 2023.

TRAGEDI 20 Januari memainkan peranan dalam menentukan pembentukan identiti Azerbaijan selain menjadi titik perubahan dalam pemulihan kemerdekaan Azerbaijan, menurut kenyataan Kementerian Luar Azerbaijan pada Jumaat.

“Pada hari yang tragis itu, anak-anak jati mengorbankan nyawa untuk mempertahankan keadilan. Tarikh 20 Januari 1990 terpahat dalam sejarah kita sebagai hari tragedi serta kebanggaan negara, rakyat Azerbaijan menunjukkan kepada dunia yang mereka berhak untuk hidup bebas, berdikari dan melindungi kedaulatan mereka.

“Pada sesi khas Majlis Milli (Parlimen) yang diadakan pada Februari 1994, pembunuhan kejam orang yang tidak bersalah pada 20 Januari 1990 adalah pencerobohan tentera dan jenayah dan pada Mac 1994 ketetapan mengenai peristiwa itu telah diterima pakai.

“Oleh itu, 20 Januari diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara,” menurut kenyataan yang disediakan kedutaan Azerbaijan di Malaysia.

Walaupun 33 tahun sudah berlalu, namun semua dokumen undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi dan tidak diberi penilaian undang-undang antarabangsa yang sewajarnya.

Berdasarkan undang-undang antarabangsa, dalang di sebalik tragedi sepatutnya mesti dihukum, menurut kenyataan itu.

Azerbaijan yang terletak di wilayah Caucasus Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya berikutan pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991. – Bernama, 21 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen