BANK pusat Korea Selatan membekalkan wang kertas baharu bernilai 4.2 trilion won (AS$3.4 bilion) untuk memenuhi permintaan menjelang cuti Tahun Baharu Lunar, menurut Bank of Korea (BOK).
Xinhua melaporkan wang kertas baharu itu diedarkan melalui bank tempatan dan institusi kewangan lain sejak 10 hari lalu sehingga hari ini untuk memenuhi permintaan semasa cuti perayaan yang dijadualkan dari Sabtu hingga Selasa.
Suntikan tunai tahun ini menurun 19.3% berbanding tahun sebelumnya kerana institusi kewangan sudah mempunyai wang tunai mencukupi di tengah-tengah deposit yang semakin meningkat, disebabkan oleh kadar faedah lebih tinggi. – Bernama, 20 Januari, 2023.
Komen