Bono minta maaf atas kejadian buli pada majlis amal ONE


Kata Bono, perkara itu sudah “terpesong” dan beliau perlu “bertanggungjawab atas kejadian itu.” Tambahnya, beliau mahu berjumpa dengan mangsa dan meminta maaf secara bersemuka. – Gambar EPA, 11 Mac, 2018.

VOKALIS U2, Bono meminta maaf selepas timbul dakwaan yang pekerja di program amal ONE menjadi mangsa buli.

Penyanyi Irish berusia 57 tahun itu berkata yang beliau “sangat terkesan” dan “meminta maaf” tentang tuduhan yang disebarkan dalam akhbar The Mail, selain merayu untuk meminta maaf secara muka-ke-muka.

Akhbar tabloid British itu menerangkan beberapa siri kejadian termasuklah daripada seorang wanita yang sudah berkahwin yang mendakwa beliau diturunkan pangkat selepas enggan mengadakan hubungan seks dengan ahli parlimen Tanzania.

“Kami semua minta maaf. Saya benci budaya buli.

“Punca kami tubuhkan badan amal ONE untuk membantu rakyat termiskin di tempat termiskin yang selalu dibuli,” kata Bono dalam satu kenyataan.

Lembaga pengarah termasuklah bekas perdana menteri British David Cameron, ketua Facebook Sheryl Sandberg dan taikun telekomunikasi Afrika Mo Ibrahim.

Kata Bono, perkara itu sudah “terpesong” dan beliau perlu “bertanggungjawab atas kejadian itu.” Tambahnya, beliau mahu berjumpa dengan mangsa dan meminta maaf secara bersemuka.

Pada Ahad, The Mail turut mendakwa ONE gagal membayar cukai Afrika Selatan selain berkata yang badan amal itu secara haram mengambil pekerja asing menggunakan visa pelancong.

ONE menggelarkan pertubuhannya itu sebagai organisasi yang cuba untuk menghapuskan kemiskinan dan penyakit, terutamanya di Afrika. – AFP, 11 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen