SERAMAI 15 anggota tentera maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran di berek tentera di Armenia semalam.
Kementerian Pertahanan negara itu berkata kebakaran membabitkan anggota unit kejuruteraan dan penembak tepat.
“Lima belas anggota maut. Tiga lain cedera parah,” kata Menteri Pertahanan Suren Papikyan.
Menurut kementerian itu kebakaran berlaku pada jam 1.20 pagi waktu tempatan di berek tentera di Azat, wilayah timur Gegharkunik, dekat sempadan Azerbaijan.
Papikyan berkata, berdasarkan siasatan awal kebakaran berpunca daripada pelanggaran peraturan keselamatan, di mana bahan dilarang digunakan iaitu petrol.
Seorang komander tentera dan beberapa pegawai kanan dipecat susulan kejadian tersebut, katanya. – AFP, 20 Januari 2023.
Komen