Kemalangan di loji nuklear Ukraine boleh berlaku bila-bila masa, kata IAEA


Ketua IAEA Rafael Grossi berkata kemalangan di loji kuasa nuklear Ukraine boleh berlaku bila-bila masa sahaja, memberi contoh apabila ianya diserang, atau bekalan kuasa luaran terganggu selain reaktor tidak lagi sejuk. – Gambar AFP, 19 Januari, 2023.

KETUA Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi berkata kemalangan di loji kuasa nuklear (NPP) di Ukraine boleh berlaku pada bila-bila masa, lapor Sputnik.

Christiane Amanpour dari CNN mengajukan persoalan kepada Grossi apakah kemungkinan kemalangan di RFN Ukraine jika tiada zon keselamatan di sekitarnya.

“Ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Apabila diserang atau apabila bekalan kuasa luaran terganggu dan reaktor berada tidak lagi sejuk, masalah boleh terjadi,” kata Grossi.

RFN Zaporizhzhia terletak berhampiran bandar Enerhodar.

Ia merupakan loji tenaga nuklear terbesar di Eropah dari segi bilangan unit dan kapasiti - loji itu mempunyai enam unit kuasa dengan kapasiti 1 gigawatt setiap satu.

Sejak Mac 2022, ia berada di bawah pengawasan tentera Rusia.

Kementerian Luar Rusia menekankan bahawa langkah berkenaan adalah wajar untuk mengelakkan kebocoran bahan nuklear dan radioaktif.

IAEA berulang kali menyatakan keperluan untuk mewujudkan zon keselamatan di sekitar ZNPP. – Bernama, 19 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen