Laporan penuh tragedi Batang Kali dijangka siap hujung Januari


Seramai 31 orang terkorban manakala 61 lagi terselamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 16 Disember lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Januari 2023.

LAPORAN penuh daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada Disember lepas dijangka siap, hujung bulan ini

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beberapa isu dibangkitkan berhubung insiden tersebut selepas laporan awal dibentangkan di Kabinet awal bulan ini.

“Laporan penuh insiden berkenaan akan dibentangkan ke Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan tahun baharu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di Wisma Sumber Asli Putrajaya, hari ini.

Seramai 31 orang terkorban manakala 61 lagi terselamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat dalam kejadian pada 16 Disember lepas. – Bernama, 19 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen