Gempa bumi gegar selatan Filipina


Menurut laporan gempa bumi luar pesisir selatan Filipina berukuran 7.3 skala Ritcher itu tidak menyebabkan kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini. – Gambar AFP, 19 Januari, 2023.

GEMPA bumi luar pesisir berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan selatan Filipina pada petang Rabu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi negara itu.

Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua.

Gempa bumi berlaku pada 2:06 petang waktu tempatan (0606 GMT) pada kedalaman 64 kilometer (km), iaitu kira-kira 352 km dari tenggara wilayah Davao Occidental.

Gempa itu dijangka mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan, menurut institut berkenaan.

Gegaran itu turut dirasai di sekitar Mindanao, pulau kedua terbesar Filipina.

Filipina kerap dilanda aktiviti seismik kerana lokasinya di sepanjang “Lingkaran Api” Pasifik. – Bernama, 19 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen