Jutawan Arab Saudi sanggup bayar AS$2.6 juta demi Ronaldo, Messi


Aksi bintang bola sepak Cristiano Ronaldo pada perlawanan Piala Dunia Fifa 2022 di Qatar, November lalu. – Gambar AFP, 19 Januari 2023.

SEORANG jutawan perniagaan Arab Saudi memenangi tiket amal yang dilelong pada harga 10 juta riyal (AS$2.66 juta) bagi perlawanan persahabatan di Riyadh di mana bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan beraksi, kata seorang pegawai.

“Tiket di luar imaginasi” untuk menghadiri perlawanan persahabatan antara pasukan Saudi Al-Nassr FC dan Al-Hilal SFC dan Paris Saint-Germain dari Perancis telah dijual pada lelongan amal dengan harga 10 juta riyal Saudi, lapor Agensi Anadolu.

Pengumuman itu dibuat pada Selasa oleh ketua Penguasa Hiburan Saudi, Turki Al-Sheikh, yang berkata seorang ahli perniagaan Saudi memenangi tiket itu.

Perlawanan yang ditetapkan pada Khamis merupakan perlawanan pertama Ronaldo yang baru-baru ini menyelesaikan perpindahannya dari Manchester United ke Al-Nassr.

Tiket yang dilelong itu bertujuan untuk mempromosi acara itu dan membolehkan pemenang bertemu pemain.

Tiket untuk perlawanan itu habis dijual sebaik sahaja dibuka. Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh akan menganjurkan perlawanan itu dengan kapasiti kira-kira 70,000 tempat duduk. – Bernama, 19 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen