FDI China meningkat 6.3% pada 2022


Pelaburan langsung asing (FDI) China berkembang 6.3% tahun ke tahun kepada 1.23 trilion yuan pada 2022. – Gambar EPA, 18 Januari, 2023.

PELABURAN langsung asing (FDI) China berkembang 6.3% tahun ke tahun kepada 1.23 trilion yuan pada 2022, kata Kementerian Perdagangan pada Rabu.

Daripada segi nilai dolar Amerika Syarikat, aliran masuk FDI meningkat 8% tahun ke tahun kepada AS$189.13 bilion, lapor Xinhua.

Menurut data kementerian industri pembuatan menyaksikan aliran masuk FDI meningkat 46.1% kepada 323.7 bilion yuan pada 2022, manakala industri berteknologi tinggi melonjak 28.3% berbanding 2021.

Dalam tempoh yang sama pelaburan dari Korea, Jerman dan Britain masing-masing meningkat 64.2%, 52.9% dan 40.7% manakala daripada Kesatuan Eropah mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 92.2%.

FDI ke Wilayah Tengah negara itu melaporkan pengembangan tahun ke tahun sebanyak 21.9% diikuti 14.1% di Wilayah Barat. – Bernama, 18 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen