Zinedine Zidane melabelkan Cristiano Ronaldo sebagai bintang yang “datang dari galaksi lain” selepas penyerang itu menjaringkan dua gol untuk Real Madrid ketika menentang Eibar dalam La Liga semalam.
Ronaldo menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-84 di Stadium Ipurua Municipal, yang sebelum itu menjaringkan gol pendahulu. Pemain Eibar, Ivan Ramis menyamakan kedudukan kemudiannya.
Namun dua gol Ronaldo itu juga bermaksud yang beliau telah menjaringkan 13 gol dalam tujuh perlawanan beturut-turut.
Jumlah keseluruhan jaringannya itu adalah 35 dalam 37 kemunculannnya.
“Bagi saya, dia ni datang dari galaksi yang lain,” kata jurulatih Real Zidane. “Dia sedar yang dia akan jaringkan gol. Dia ini lain macam. Pemain special. Buktinya ada dalam statistik.”
Kemenangan itu meletakkan Real selesa empat mata di atas Atletico Madrid, yang boleh mengejar mata itu jika menang perlawanan dengan Celta Vigo hari ini. Eibar pula di tangga kelapan. – AFP, 11 Mac, 2018.
Komen