Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc letak jawatan


Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc hari ini mengumumkan peletakan jawatannya pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam. – Gambar AFP, 17 Januari, 2023.

PRESIDEN Vietnam Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan dan berundur daripada Biro Politik dan Jawatankuasa Pusat ke-13 Parti Komunis Vietnam (CPV), Xinhua memetik laporan Agensi Berita Vietnam pada Selasa.

Beliau yang membuat keputusan itu atas kehendak peribadinya mengumumkan peletakan jawatan itu pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat CPV pada Selasa, kata agensi berita rasmi itu.

Phuc dipilih sebagai presiden Vietnam pada April 2021.

Awal bulan ini, dua timbalan perdana menteri Pham Binh Minh dan Vu Duc Dam juga telah disingkirkan daripada Jawatankuasa Pusat ke-13 CPV pada mesyuarat luar biasa jawatankuasa itu.

Badan perundangan tertinggi meluluskan penyingkiran mereka dan pelantikan dua pemimpin baharu dibuat tidak lama selepas itu. – Bernama, 17 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen