8 cedera ditembak hadir majlis memperingati Martin Luther King


SEKURANG-KURANGNYA lapan cedera akibat ditembak ketika menghadiri acara memperingati tokoh hak sivil Dr Martin Luther King Jr di Florida, Amerika Syarikat.

Insiden dilaporkan berlaku di Taman Ilous Ellis di Fort Pierce.

Seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah manakala empat lagi cedera ketika cuba meninggalkan kawasan itu, lapor Agensi Anadolu.

Lebih 1,000 menghadiri majlis itu, menurut pihak berkuasa. – Bernama, 17 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen