UKRAINE akan menerima tranche €3 bilion (kira-kira AS$3.25 bilion) pertama bagi pakej sokongan €18 bilion daripada Kesatuan Eropah (EU) minggu ini sebagai sebahagian daripada bantuan kewangan baharu, kata Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal pada Isnin.
Menerusi hantarannya di Telegram, Shmyhal berkata Ukraine dan EU menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi program makro-kewangan Kiev bernilai €18 bilion (kira-kira AS$19.5 bilion), lapor Xinhua.
Dana itu dijangka akan membantu Ukraine mengekalkan kestabilan makroekonomi dan menampung semua perbelanjaan kritikal tahun ini di tengah-tengah konflik dengan Rusia, kata Shmyhal.
Pada 2022, Ukraine menerima AS$32.1 bilion bantuan antarabangsa, dengan AS$8 bilion disumbangkan oleh EU, menurut bank pusat negara itu. – Bernama, 17 Januari, 2023.
Komen