Mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia berlangsung di Davos


Mesyuarat tahunan ke-53 Forum Ekonomi Dunia bermula di Davos pada Isnin dan dijadualkan berakhir pada Jumaat.– Gambar Facebook, 16 Januari, 2023.

MESYUARAT tahunan ke-53 Forum Ekonomi Dunia bermula di Davos pada Isnin dan dijadualkan berakhir pada Jumaat (20 Jan), lapor Sputnik.

Isu utama yang menjadi agenda forum itu adalah krisis tenaga dan makanan, inflasi global yang tinggi, pelaburan dalam teknologi baharu serta risiko geopolitik semasa terhadap ekonomi dunia.

Pemimpin tertinggi dari seluruh dunia termasuk Canselor Jerman Olaf Scholz, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol serta pemimpin Colombia Gustavo Petro dijangka hadir.

Delegasi dari Rusia tidak menyertai mesyuarat itu buat tahun kedua berturut-turut sejak penganjur memutuskan untuk tidak menjemput wakil Rusia sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan Moscow yang berterusan di Ukraine. – Bernama, 16 Januari, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen