2 terbunuh pesawat ringan terhempas di Afrika Selatan


SACAA mengesahkan dua maut semalam selepas sebuah pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di Johannesburg, Afrika Selatan. – Gambar fail AFP, 16 Januari, 2023.

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (SACAA) mengesahkan dua maut semalam selepas sebuah pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di Johannesburg, Afrika Selatan.

Pesawat itu yang digunakan untuk penerbangan latihan berlepas dari Lapangan Terbang Grand Central di Midrand antara Pretoria dan Johannesburg, namun terhempas beberapa minit kemudian berhampiran sebuah lombong berdekatan stadium FNB di selatan Johannesburg.

“Dua penumpang maut. Pesawat juga mengalami kerosakan yang besar,” Anadolu Agency memetik SACAA sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Punca kemalangan yang berlaku pada 9 pagi waktu tempatan masih belum didedahkan oleh SACAA dan memaklumkan laporan awal akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari. – Bernama, 16 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen