BARCELONA menjuarai Piala Super Sepanyol selepas menewaskan real Madrid 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Raja Fahd, Riyadh semalam.
Pemain tengah Sepanyol, Gavi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-33 dengan penyudah jarak dekat hasil bantuan penyerang Poland Robert Lewandowski, lapor Anadolu Agency.
Menghampiri hujung separuh masa pertama, Lewandowski menjaringkan gol kedua menerusi serangan balas pantas hasil hantaran Gavi.
Seorang lagi pemain tengah Barcelona, Pedri, yang tidak dikawal lawan melakukan penyudah jarak dekat selepas hantaran silang Gavi dari kiri. Barcelona mendahului 3-0 pada minit ke-69.
Pada masa kecederaan, penyerang Perancis Real Madrid Karim Benzema menjaringkan gol saguhati.
Barcelona menewaskan pencabar utamanya itu 3-1 untuk memastikan Piala Super Sepanyol ke-14 mereka.
Dengan 14 kemenangan, Barcelona menerajui senarai pemegang rekod. Lawan terdekat, Real Madrid, memenangi Piala Super sebanyak 12 kali.
Ia merupakan trofi pertama Barcelona di bawah kepimpinan Xavi.
Xavi, wira Barcelona bermain untuk kelab itu sejak November 2021. – Bernama, 16 Januari, 2023.
Komen